CHIQUE LAMPUNG

CHIQUE LAMPUNG

Selasa, 18 Oktober 2011

PENGERTIAN TENTANG CINTA



Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya,
perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dankeserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan
hubungan kepada alam, benda hidup
ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan
melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola
utamahubungan antara perorangan dan pengenalan diri. Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya
dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu,
dan berahi. Cinta jarak jauh merupakan situasi di mana sepasang kekasih berjauhan di
antara satu sama lain.Manusia sering
menginginkan cinta. Dalam cinta ada suatu ketulusan
perasaan yang membuatkan manusia
yang merasainya gmebira, sedih, rasa
keyakinan, rasa dimiliki, dan
sebagainya. Dalam cinta biasanya tersimpan seribu
macam perasaan yang amat sukar
digambarkan. bermula dengan rasa
suka, hati berdetak, mulut tersenyum
tanpa bicara, muka bertambah seri,
dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita. Amat mudah untuk melafazkan cinta,
tetapi amat mudah juga melupakan
cinta. Cinta yang sejati lahir dari hati
yang tulus. Cinta sering dikaitkan dengan puisi,
madah, cerita cinta dan pelbagai lagi
hasil karya sejati sejak dari zaman
dahulu lagi. Kini, pelbagai maklumat
tentang cinta boleh didapati di
internet. Ramai penulis cerpen menulis terus dari jiwa mereka dan boleh
dinikmati oleh sesiapa sahaja
terutamanya pengguna internet. Cinta Jarak Jauh Cinta jarak jauh adalah satu cabang
utama kepada cinta. Hubungan jarak
jauh ini hendaklah dipersetujui oleh
kedua-dua pihak di mana mereka
berjanji akan tetap bersatu hati
sungguhpun mereka berjauhan. Semakin ramai pasangan yang
mengamalkan cinta jarak jauh akibat
keadaan hidup mereka yang
memerlukan komitmen mereka untuk
melaksanakan sesuatu tugas atau
situasi geografi. Beza hubungan jarak jauh zaman
dahulu dan sekarang adalah
pasangan zaman sekarang
dianugerahkan kemudahan teknologi
untuk berkomunikasi di antara satu
sama lain sungguhpun mereka dipisahkan beribu-ribu batu jauhnya. Kata Cinta Menarik Jika kita mencintai seseorang, kita
akan senantiasa mendo’akannya
walaupun dia tidak berada di sisi kita. Tuhan memberikan kita dua kaki
untuk berjalan, dua tangan untuk
memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk
melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah Cinta … Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mahu
mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi, jika kamu masih
tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan, walaupun
mereka telah dikecewakan. Kepada
mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan Kepada
mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk
membangunkan kembali
kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada
orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia lantaran akhirnya
kamu terpaksa catatkan kata-kata
cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya
ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang
selagi ada hayatnya. INGAT CERITA
“LOVE IS CINTA!” Mungkin Tuhan menginginkan kita
bertemu dan bercinta dengan orang
yang salah sebelum bertemu dengan
orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas
kurnia tersebut. Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu menjadi emas, keruh
menjadi hening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat dan kemarahan
menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai
seseorang yang tidak mencintaimu,
tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak
pernah memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau
memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala
kamu mencium harum mawar
tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk
jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup
adalah ketika kamu bertemu
seseorang yang sangat berarti
bagimu, hanya untuk mengetahui
baahwa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehingga kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan
kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan bukan siapa
dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kamu benar-benar
mencintainya setulus hati. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta
juga dapat membuat orang sihat
menjadi sakit, orang gemuk menjadi
kurus, orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin, raja
menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi
atau cintai tersimpan keburukan di
dalamnya dan kemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan
di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil,
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana,
cinta kepada mati ertinya hidup dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia
dalam percintaan ke dalam laut, pasti
ia akan membawa seekor ikan.
Lemparkan pula seorang yang gagal
dalam bercinta ke dalam gudang roti,
pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara
dalam semua bahasa manusia dan
alam, tetapi tidak mempunyai
perasaan cinta dan kasih, dirimu tak
ubah seperti gong yang bergaung
atau sekedar canang yang gemericing. Cinta adalah keabadian … dan
kenangan adalah hal terindah yang
pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit,
lupakanlah segera!! Siapapun pandai menghayati cinta,
tapi tak seorangpun pandai menilai
cinta kerana cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh mata
kasar, sebaliknya cinta hanya dapat
dirasakan melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi,
menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta
membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dahsyatnya cinta. Cinta sebenarnya adalah membiarkan
orang yang kamu cintai menjadi
dirinya sendiri dan tidak
mengubahnya menjadi gambaran
yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya. Kamu tidak akan pernah tahu bila
kamu akan jatuh cinta. Namun apabila
sampai saatnya itu, raihlah dengan
kedua tanganmu dan jangan biarkan
dia pergi dengan sejuta rasa tanda
tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan
lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi cinta adalah anugerah Tuhan
yang indah dan suci jika manusia
dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk
dicintai juga memang mudah. Tapi
untuk dicintai oleh orang yang kita
cintai itulah yang sukar diperoleh. Jika saja kehadiran cinta sekedar
untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu tak pernah hadir.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar