CHIQUE LAMPUNG

CHIQUE LAMPUNG

Selasa, 18 Oktober 2011

PUTUS CINTA



Sebelum ini saya pernah menulis
posting berkaitan “Jangan Putus
Cinta”. Kali ini saya akan berkongsi
pendapat dan nasihat kepada
pencinta sekalian mengenai topik
yang hangat diperbincangkan saat ini zaitu Putus Cinta!
Topik ini pernah
saya kongsikan pada blog cinta saya
yang sebelum ini… Selamat membaca! Setelah berbulan dan bertahun
lamanya anda mempertahankan
hubungan cinta anda bersama si dia
akhirnya perpisahan muncul.
Perpisahan yang saya maksudkan
bukanlah sekadar mampu menitiskan air mata anda tetapi perpisahan kali ini
sekaligus memusnahkan harapan dan
jiwa anda. Ketika itu anda menangis
dan terasa kosong. Mengharapkan
keadaan kembali seperti sediakala
adalah apa yang anda idamkan ketika itu. Malangnya, apa yang anda idamkan tidaklah seperti apa yang anda harapkan.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu kata yang pernah disampaikankan
malaikat jibrail kepada nabi junjungan
muhammad saw yang lebih kurang
berbunyi, “Cinta dan sayangilah kekasihmu sepuas- puasnya tetapi INGAT kamu pasti akan berpisah dengannya”.. Pencinta sekalian, baris ayat diatas
sudah cukup membuktikan bahawa
perpisahan pasti tiba! cuma waktu
dan ketika perpisahan tiba hanya
tuhan yg tentukan. Kita sebagai insan
hanya mampu berdoa dan berusaha. Putus Cinta terjadi disebabkan
pelbagai jenis keadaan. Antaranya:
1. Kecurangan
2. Cemburu
3. Tidak serasi
4. Jarak antara dua insan
5. Kematian Walaubagaimanapun, saya yakin dan
pasti banyak lagi jenis perpisahan
yang tidak saya senaraikan. Namun
begitu, hakikatnya perpisahan adalah
sesuatu yang negatif dan mempunyai
banyak elemen yang boleh mempengaruhi diri seseorang
mahupun dari segi mental dan fizikal. Oleh itu, wujudlah perkataan yang
membawa maksud misteri dan indah
iaitu “HIKMAH”. Setiap apa yang berlaku disekeliling kita yakin dan
pastilah ada HIKMAH disebaliknya. Renungkan perpisahan anda
sedalam- dalamnya walaupun
memerlukan sehingga tahap
menitiskan air mata nescaya anda
akan menemui hikmah. Kepada anda yang pernah ataupun
sedang putus cinta usahlah bersedih.
Tarik nafas anda dan usapkan air
mata dipipi. Sentiasa yakin dan
percaya bahawa cinta sebenarnya masih lagi boleh diselamatkan walaupun anda kehilangan pasangan
anda. Hadapi dengan senyuman…

SALAM CINTA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar