CHIQUE LAMPUNG

CHIQUE LAMPUNG

Selasa, 18 Oktober 2011

Sejauh mana anda tahu
tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh
dengan informasi. Kita dihujani
pelbagai maklumat baik yang
berguna dan juga yang negatif. Berita- berita negatif seperti peperangan,
pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita. Kita memerlukan cinta untuk
mengimbangi energi negatif yang
berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan inspirasi kepada hubungan anda.

1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan
merenung gambar orang yang
disayanginya dalam tempoh yang
lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang
kuat (craving).

2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5
tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Apa lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)

3. 2/3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang
yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)

4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas
kad,email dan sms melainkan kata-
kata tersebut disertakan dengan
komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)

5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan
hormon orang yang dilanda penyakit
obsesi terlampau. Sebab tu orang
yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)

6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari Rutgers University , penulis buku ‘Why We Love , apabila seseorang baru berpisah (break up),
dia akan berasa semakin sayang
terhadap bekas pasangannya.
Bahagian otak yang membuat kita
rasa gembira terus aktif pada ketika
ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak
boleh tahan perasaan sayang dan
rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)

7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/
couple dengan sedozen orang
sebelum menemui pasangan yang
boleh dijadikan pasangan hidup sejati.
(Teori matematik je pon, sukati
andalah untuk ikut ke tak)

8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan
kedua-dua lelaki dan wanita menjadi
gembira. Semakin kuat komitmen mereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka. Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi
kasih sayang anda terhadap
pasangan anda.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar